2 Jun 2017

Catatan Dhuha

Kebanyakan masyarakat kita, mudah untuk melaksanakan ibadah puasa, tetapi berat menunaikan ibadah solat. Sedangkan kedua-dua ibadah ini adalah syariat Allah SWT. Fenomena ini berlaku kerana ibadah puasa ditekan sejak kecil, sedangkan ibadah solat banyak yang tidak dididik sejak kecil.